Friday, 19 August 2011

Kejadian 30 Ogos 2011 ~ 4 September 2011??

Assalamualaikum..




Hai kawan2 yang dikasihi Allah..fuh..exam sudah lepas..susah gila sampai macam mau gila..tapi memang gila pun sudah..ok now we go to the aktiviti2 gila yang saya nak buat..


1. First..saya nak lepak dengan dorang Simba dan Mulan sampai jam 11.30 pm..sekali tunggu pencuri datang..nak juga tengok muka pencuri tu macam mana kan..manis ke tidak hensem ke tidak om ke tidak..sekarang ni musim curi mencuri ceroboh menceroboh..susah..syaitan tiada dorang pula yang nak ganti..


2. Second..begambar di jalan raya time malam2..jalan raya kg la..bukan highway..then guna telekung..lepas tu buat pose gila..memang gila la..rindu la..sudah 2 bulan kami tidak bergambar..


3. Lepas tu saya nak paksa dorang ikut saya pergi Patikang..Ada tempat yang saya mau dorang tengok..


4. Saya nak main bola sepak..why?..saja mau test..mana tau ada bakat yang tependam..bola ni kami main dekat Patikang..jauh dari orang kg and tiada orang boleh nampak..


5. Untuk sekian kalinya..saya nak naik motor bertiga..i hope we can still ride it..


Lepas raya ni..Mulan sambung study di U..Simba balik Seraw..Saya pula tidak lama lagi mau STPM..Hujung tahun baru dapat together2 lagi..fuuh..


im walking to the day

Friday, 12 August 2011

Kenangan Di Bulan Ramadhan?? Part 1

Assalamualaikum..


Yeaa puasa lagi..ada puasa mesti ada raya..ada raya mesti ada pahala..ada pahala mesti ada duit raya..ada duit raya mesti ada baju baru..yeaaa..alhamdulillah..



Masa tu kalau tidak silap saya..time tu kami form 3..tahun PMR..exam PMR time tu kena bulan ramadhan..so apa lagi..kami pun berabis la berdoa nak dapat A banyak2..alhamdulillah doa kami dimakbulkan oleh Allah..kami bukan nak riak cuma nak menyatakan ja ya..ambil ni sebagai pengajaran..PMR kami dapat ?A..so pengajaran sini sentiasa lah mengingati Allah kerana Allah lah yang akan menentukan kejayaan kita..

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal itu..saya nak cerita pasal tragedi2 yang berlaku semasa di bulan Ramadahan..kami (simba, mulan, jasmine) ni masing2 ada bakat dalam bawa motor..so kalau nak pergi sembahyang teraweh tu saya mesti bawa motor..saya sengaja bawa motor ke surau..padahal rumah saya tak lah jauh sangat dari surau..tapi saya diwajibkan  membawa motor..why??..sebab selesai ja rakaat yang ke 8 kami terus merempit..destinasi kami ialah my home..kalau kami guna kaki gerenti ustaz tangkap kami sebab tak habiskan teraweh..kalau ustaz tu sekadar nak marah ja tak pa..ini siap bawa rotan lagi..ustaz ni tak kira lelaki ke perempuan ke..kami tetap disebatnya..


3 in 1..means..1 motor 3 orang..hebat kan..lepas tu yang pandu saya..saya ni sudahlah berbadan kurus..kalau ada angin limpas gerenti saya tumbang macam kayu balak tumbang..tapi saya kuat tau..Mulan duduk paling belakang sekali..nasib time tu kami masih kurus2..dengan bertelekung kami merempit..macam hantu la pulak kan..serba putih..dari atas sampai la kebawah..semuanya warna putih..lepas tu berketawa2 macam pontianak sebab saya pandu macam orang mabuk..apa tidak punya lah berat saya bawa motor tu..setiap malam kami macam tu..memang gila la..itu lah kenangan yang paling best sekali..sampai rumah kami tengok drama My Girl..drama tu mula main jam 8.30pm so kami terpaksa solat 8 rakaat ja..lepas tengok tv kami study..study sama2..ada yang study dalam keadaan duduk (simba) ada yang study dalam keadaan berdiri (mulan) ada yang study dalam keadaan baring (jasmine)..jam 10pm baru dorang balik..sure..memang gila la time tu..

Sekarang motor tu dah jarang kena guna..sebab sekarang kami guna kereta..tiga2 dah ada lesen memandu..so guna kereta ja la..lesen motor belum ada lagi sebab tak berani nak bawa motor pergi bandar..lagi pun bakat merempit kami dah terkubur..

Tahun PMR=RAMADHAN kami memang gila la..sebab kami memang gila2..kalau di imbas balik rasa nak menangis pula..





Friday, 22 July 2011

Ketebalan hati?? Part 1

Assalamualaikum..




Oki..today and tomorrow..now..jom kita letakkan perhatian 97.89% kita pada the history of 23 ciri2 sang pencinta sebenar (mata naik ke atas tangan di bahu)..tapi untuk hari ni cuma 17 ja yang saya bagi..jom..jangan malu2..buat macam blog sendiri..


1. Orang yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..yang dia tahu di hati dan matanya ada kamu satu-satunya..


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih..dia tidak peduli!..baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya..di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu semakin bertambah..


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini..dia ingin tahu kegiatan kamu..


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi' 'selamat jalan'..walaupun kamu tidak membalas SMS nya..kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..


6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan..setidak2 nya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS..


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dilalui bersama kamu..bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya..kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya..dan saat itu matanya pasti berkaca..kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang..


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan..bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri pernah lupa..


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu2 kegemaran kamu..bahkan mungkin meminjam CD milik kawan kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu kerana kesukaan kamu kesukaan nya juga..walaupun sukar meminati kesukaan kamu tapi akhirnya dia akan berjaya juga..


10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesma..atau batuk2..dia kan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu..kerana dia bimbangkan kamu dan peduli kamu..




11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian..dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung..dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat untuk kamu..


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa..


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..sehingga kamu menjadi bingung..sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari2 nya hanya bersama kamu..


15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain..dia kan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu..


16. Dihatinya dia benar2 takut kehilangan kamu..


17. Orang yang mecintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..




Sumber: Majalah Remaja (15 JULAI 2011)

Saturday, 16 July 2011

'A' dalam sejarah STPM?? How??

Assalamualaikum..



Topik ni khas saya taip/susun/buat/bikin/kongsi untuk student yang akan menduduki STPM..

Mesti ramai yang tidak suka dengan subjek ni kan..tapi apa boleh buat..kena juga ambil paper ni..ada yang cakap subjek ni menyusahkan/leceh/bosan..sudah lah kena baca 4 buku..lepas tu banyak lagi tajuk2 kecil yang kena baca and hafal..kenapa mesti cakap or pikir macam tu..cuba korang pikir positif sikit..sikit pun jadi lah..tapi memang leceh pun..saya sendiri kalau baca sampai boleh tertidur..saya tertidur sebab time tu saya baca jam 2 pagi bukan sebab bosan ya..

Ok now lets see the tips..

1. Awal2 tahun tu kalau boleh baca semua buku sejarah..sekali pun cukup lah..sekadar bagi exercise mata ja..lepas tu fokus kan otak dan mata dan tangan dan kaki korang pada 3 tema yang selalu keluar dalam exam..why??..cuba korang lihat dan kaji soalan2 yang dikeluarkan dalam exam..tengok bahagian A and bahagian B..kalau korang pandai or bijak mesti korang dapat kenal pasti yang bahagian A tu hampir semua tema yang keluar..di bahagian B pun macam tu kan..so nasihat saya..baca dan fokus kepada 3 tema yang sering keluar dalam exam ja..sebenarnya 2 tema=2soalan ja korang perlu jawab..tapi untuk keselamatan jalan raya bacalah 3 tema..3 tema ja..

Contohnya macam ni..
*Tamadun dunia - tema 1, tema 2, tema 4, tema 7..tema ni memang popular..yang lain korang cari sendiri ya..

So kalau korang belum lagi pernah buka buku sejarah walaupun sekali dan STPM pun dah nak dekat..bagi fokus pada 3 tema ja dalam setiap buku sejarah..sejarah kan ada 4 buku so setiap buku tu cari 3 tema yang sering keluar dalam exam..ok..

2. Banyakkan buat latihan..ini biasalah..hobi bu guru dan bapak guru yang paling popular di sekolah..

3. Rajin membaca..macam saya..

4. Buat nota..hah ini bukan macam saya..

5. Menghafal..

Harap dapat bantu korang sikit..
Ok..Good luck for your STPM!





Friday, 15 July 2011

Impian 3 Sekawan??

Assalamualaikum..



Hari ni kita umpat pasal myself..Mulan dan Simba..

Ehem ehem..seperti yang sedia anda maklum..formal la pula..ok..kami kan berkawan sudah lama..sejak tadika lagi..lepas tu rumah pun dekat2 ja..bunyi penyapu di rumah saya pun si Mulan dapat dengar..dekat kan..tak lah dekat sangat..setakat 50 jengkal ja jarak rumah kami..Selalu tu..petang2 macam ni dorang suka lepak di rumah saya..kalau bukan study..kami tengok wayang..kalau bukan tengok wayang kami mengumpat..biasalah kalau girls..tapi kami mengumpat yang baik2 ja tau..



Kami ada pasang impian..macam ni..kalau lepas SPM nak sambung study di tempat yang sama..tapi belum ada apa2 mukadimah lagi sudah impian tu hangus berkecai cerai berai..why??..because after SPM..Mulan sambung study di matriks..Simba masuk SPA and saya pula masih lagi meneruskan perjuangan di medan peperangan dengan berpakaian seragam sekolah..hmm..bosan juga kan kalau hari2 pakai baju sekolah..tapi tidak apa..lepas ni dah tak payah lagi susah2 main game sarung menyarung baju sekolah ni..but masa ni la saya kena puas memuas pakai baju sekolah sebab i know in the future nanti mesti ada satu perasaan halus yang akan menyelinap ke dalam jantung rindu nak pakai baju sekolah..saya tau tu..korang tidak sebut pun sure saya tidak tahu..then..apabila impian ni berkecai..kami pun rombak balik...konon nya..lepas matriks si Mulan nak sambung study dekat2 sini ja..ambil u dekat2 sini ja..and saya pula lepas stpm nak sambung study dekat2 area sini juga..fuh segala fuh..Mulan pula tiba2 mendapat wasiat yang mengatakan dan dinyatakan bahawa dia mendapat tawaran u di seberang laut.. jauh tu..but saya tumpang gembira juga la..tapi sedih tu tetap ada..sebab tambah la kami jarang ketemu bertemu temu temuan jumpa..hari tu si Simba and sekarang si Mulan pula..tapi tidak apa..redha dan tawakal ja..hidup mesti diteruskan walaupun tidak dapat together gether lagi..




Oleh kerana impian pertama sudah pecah berderai..kami pasang lagi satu impian..kami pasang nak..hmm..macam mana nak luah ya..begini..saya bagi ringkas meringkas seringkas nya ja la ya..Simba akan kahwin first..lepas tu Simba akan suruh husband dia tu kahwin dengan saya..kira bermadu la kami..and then lepas tu giliran saya lagi yang past husband bertuah tu kahwin dengan Mulan..alasan kami..sebab nak meraih cinta Allah..why??..kita terus bagi contoh la ya..tak payah guna mukadimah lagi..direct to the point jawa cakap..kalau suami Simba kahwin dengan saya..Simba dapat rehat dan merehatkan hartanya dengan sebaik2 yang mungkin..mungkin la..bayangkan lah keadaan si Simba tanpa si suami bertuah tu disisi dengan kata lain malam tu giliran saya..time ni la masa yang perfect untuk si Simba nak sujud kepada Allah dan menjadi kekasih Allah..see..betapa besar hikmahnya..begitu juga yang berlaku kalau saya bagi kahwin husband kami tu dengan si Mulan..beruntung siapa dapat kami..kami tau suami kami ni kuat2 belaka..lelaki mana yang tidak suka kan..tapi sekarang impian tinggal impian..why??..keluarga kami tidak setuju dengan idea tu..susah nanti..tapi niat kami ni baik dan baik belaka..kami nak friendship kami ni forever and ever..bayangkan ja lah..betapa harmoninya keluarga kami nanti..ingat senang ka boys yang di luar sana tu nak cari girls macam kami ni..sudah la kami ni baik , hormat orang tua, comei lagi..kira full package la..hmm..





So..terpaksa sekali lagi kami guna rombak merombak ni..tidak payah buat muka sedih2..senyum..senyum ja..berdoa ja harap2 ni kali berjaya..amin..impian ni yang paling saya suka..apa tidak..impian kami ni boleh dikira brilliant juga la..super duper brilliant..boleh masuk Kg Book The Records..why??..ohok ohok..kejap ya..nak ambil posisi yang selesa dulu..terlebih exited ni..kami rancang nak kahwin sama2..terus tiga sekali gus..fuh..hebat kan..sudah la future husband kami ni pun datang dari jauh..so kena la bikin majlis yang gempak..bayangkanlah la..saiz keluarga masing2 pun besar nya bukan main besar lagi..gabung 3 keluarga dengan tiga lagi keluarga dari pihak lelaki..lepas tu buat majlis serentak..fuh memang gamat la majlis tu..nikah sama2 and sanding pun sama2..kalau boleh nak suruh imam tu nikahkan kami pada masa yang sama..why??..supaya imam tu tak penat kejar mengejar masuk rumah..dengan sekali ceramah dari tok imam dan sekali lafaz oleh ketiga2 husband kami..then termeterai lah ikatan kasih putih hitam kami..lepas tu kalau nak buat malam pertama pun kami nak sama2..bukan nak buat dalam bilik yang sama..apalah korang ni..adakah patut pikir macam tu..tidak sayang kepala ka..sebab kami nak buat pada masa yang sama..1st kami nak dapat anak sama2..second, time nak bersalin tu kami nak melahirkan sama2..terharu lubuk jantung saya mendengar..harap impian kami yang satu ni akan dimakbulkan oleh Allah..amin..

Lepas tu..si Simba nak anak pertama saya lelaki..dia dan Mulan pula nak anak pertama perempuan..why??..dorang kata supaya nanti anak2 dorang tu boleh jaga anak saya..adakah patut..memang patut terima flying kick la mak nenek dua ni..dorang cakap anak saya lemah macam saya..adakah patut..memang patut kena sepak bola la mak datin dua ni..lepas tu dorang cakap lagi anak saya ni senang kena buli..adakah patut..memang patut makan guli la ma sapi ultramen dua ni..haru betul..

Benda yang jarang or tidak pernah dibuat orang..tu la yang kami akan buat dan kami cipta..sebab kami la The Legend of SOPPOS..Apa2 pun we hope that impian kami tiada penghujungnya dan sentiasa ada idea yang gila2 untuk menggila2 kan hari2 or masa2 kami akan datang..



To future husband..jangan takut sama kami..kami ni budak baik dan baik belaka..tiada yang baik selain baik belaka sebelaka belakanya..satu ja kami nak..kami nak kahwin sama2..OK

Thursday, 14 July 2011

Begini Ka Kawan?? Jilid 2

Assalamualaikum..




Kawan..what kawan??..sahabat..what sahabat??
Kawan ni penting..penting sangat..family??..family pun penting juga..betul kan..
Tapi kawan yang betul2 ikhlas berkawan dengan kita memang susah mau dapat..why??..orang putih kata i dont know..hmm..


Kawan ni ada banyak jenis..ada macam2 ragam..ada banyak jantina..and ada banyak warna..ada kawan yang setia di belakang/depan/sisi kita..ada juga kawan yang suka guna pedang/garpu cucuk kita dari belakang..sometimes tu sedih juga la kalau kawan tu tikam kita dari belakang kan..tapi apa boleh buat..sudah memang hobi dia..so kita buat dek ja la..redha ja..tidak payah balas..tapi ada bas ada lori, len hari saya balas..


Sahabat yang baik..


Orang kata or saya kata..kawan yang baik akan selalu ada and dekat ja dengan hati kita..betul ka??..hmm..betul betul..macam saya dengan kawan2 saya..contohnya si Simba..kita ambik si Simba sebagai contoh..kawan2 yang lain jangan jeles ya..kalau korang nak tau dan korang yang tidak mau tau..time Simba dalam keadaan exited..saya pun terikut exited..betul ni..tak percaya??..betul..saya tidak bohong..kalau dia moody lagi la saya rasa macam tidak sedap jantung..padahal jarak saya dengan dia punya la main jauh..fuh..kena limpas sempadan pontianak dulu baru saya dapat jumpa c Simba..hebat kan..ni baru la real best friend..kawan2 saya lain pun macam tu juga..kalau saya tak cukup duit..saya pinjam ja dengan dorang..kalau saya lambat bayar dorang ok ja..riak muka dorang pun ok ja..tapi kadang2 tu pandai juga la bibir mungil c Inut membebel tak habis2..biasalah kadang2 tu saya sampai tak cukup duit bikin beli makanan..tengok ja badan macam tengkorak mati tapi perut macam mak sapi..


Kawan2 saya semuanya best..why??






1. Kalau dorang happy..saya pun ikut happy..
2. Kalau saya ketawa or buat lawak..dorang buat muka blur..
3. Kalau dorang sedih..saya pun terikut sedih..
4. Kalau saya nangis or sedih..dorang ketawa sakan sesakan sakannya sakan..
5. Kalau saya sakit or demam..dorang tidur nyenyak dengan sejahteranya..
6. Kalau dorang sakit..saya pun tidur dengan sejahteranya ..
7. Kalau saya/dorang jumpa/curi movie..kami akan kongsi sama2 and tengok sama2..
8. Kalau saya/dorang jumpa/curi lelaki hensem/cute..kami akan kongsi sama2..eh bukan kongsi tapi share2.. 


Sahabat yang sikit jahat..


Huh..kawan yang macam ni yang paling saya sayang..why??..sebab kawan yang macam ni suka main cucuk2 guna garpu dari belakang..kawan yang macam ni pun ramai juga saya ada..tapi sekarang saya dah tak berapa dekat dengan dorang..biasalah..dorang guna bedak sampai 5 inci..saya pula guna sikit2 ja..nak jimat kan..macam mana nak ngam..dorang sure malu jalan dengan saya..why??..sebab muka saya tak macam muka barbie..iya la kan..muka saya ni macam muka YoonA (SNSD) and dorang pula muka macam barbie kelabu..ehem ehem..tapi YoonA ver hitam manis la..kalau boleh jauhkan lah diri kita dari jenis2 yang macam ni..bahaya tau..saya bukan apa la..saya pun sedar saya banyak kekurangan..tak la banyak..tapi banyak sangat..sangat sesangat nya..


Kalau boleh berkawan tu biar la ikhlas..jangan mentang2 orang tu or saya ada car/rumah/basikal/motor..baru nak terhege2 nak berkawan..hari tu benci sangat nak berkawan..orang tu hulur tangan nak bersalam pun boleh2 nya dia cakap tangan orang tu kotor..hei..siang sikit..ingat tangan kau tu bersih sangat ka..ingat saya tak tau ka ko tadi baru lepas garuk harta bawah kau yang bebau hangit tu..ketara lah tidak cuci guna clorox.. sombong..angkuh..tapi sekali dapat tahu orang tu ada kancil..tegedik2 nak berkenalan..mau ambil kesempatan la tu..ee..ingat kami2 ni tidak tau ka..memang pun kami tidak tau..tapi lama2 tu tau juga la..kami kan antara student2 yang berpengaruh..so cerita yang baik mahupun baik belaka..semuanya ada dalam poket kami..


Kesimpulannya..


With faith and holding hands..
No matter what I won't be afraid..
The word friendship may sound awkward..
But I think that word was created to describe us..
I love you my friend..
Love love love..
Really love..