What!! Solo!! masih solo rupanya..
ehem..ehem..
Bukan tiada orang minat..cuma..
Mungkin sebab keturunan..bala..karma..dejavu..
Sebenarnya jodoh ni langsung tiada kaitan dengan keturunan cuma belum sampai masanya lagi.. Ia bak/sepertii menanti jambatan untuk keseberang..ceh..Kalau panjang jambatannya so jauhlah perjalanan kita tapi sometimes ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..betul tidak..
Umur 25 tahun rasa2 nya belum terlampau tua lagi dan golongan2 yang berumur 35 tahun tidak sepatutnya kita panggil dorang bujang terlajak kalau sepanjang usia itu telah dia gunakan untuk membina kecemerlangan..betul tidak..betul sikit la..kalau perempuan umur2 time macam ni mungkin monopos sudah..hmm..except me..i masih kuat lagi time 2..
Oleh itu kita perlulah sentiasa menyatakan perasaan dan keinginan kita dalam setiap doa.. INGAT! Allah itu Maha Mendengar..
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang2 yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan dapat Mr. Right a.k.a Mr M dan jangan biar kan diri menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman..Kita memang kadang2 melakukan kesilapan dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..betul tidak..betoi..Kita selalu pikir ' aku pasti akan happy kalau becouple dengan Mr U ' ..padahal buat kita tambah jahanam ada la..Pergh!!..betul kan Inut (kawan saya)..
Daya tarikan sebenarnya berpusat pada hati yang murni..So marilah sama2 kita berusaha mencuci hati daripada segala jenis perasaan hitam/buruk/sangka/dengki/busuk/cemburu..ok..u tanya i kenapa?? u ni ada ikut kelas agama islam ke tidak time kat form 5..tu la mami suru u all pergi mengaji tapi u all pergi dating pulak..tengok sekarang apa jadi dengan u all semua..free2 u all sekarang buta hukum..saya malas lah nak jawab soalan u all tu..kalau u all nak tau juga..pergi buka buku balik sana..sana..sana..main jauh2..
Sebenarnya, apabila kita betul2 ingin mendapatkan apa yang kita mahu.. ia juga akan mendatangkan pelbagai masalah..Contohnya la time ni kita tengah tengok seorang boy/girl yang tengah drive mini cooper dan hati kita pun bercakap but berbisik.. ' alangkah cool nya orang itu..sudalah kereta cute..tuanya pun cute macam saya '..The problem now..kita tidak pernah nak ambil peduli or selami perasaan orang yang tengah drive mini cooper tu masa dia mendapatkan/mencuri/membeli kereta itu..iya la kan..buat apa kita nak selami perasaan dia..buang masa otak kita je..bagus lagi kita pikir giliran sapa lagi yang nak kita kasi break..betul tidak..tidak..hmm..So sebelum kita pikir kesenangan orang tu..kita imbas2 balik kesusahan orang tu..ada hikmah nya 2..cuba try..siok..the conclusion is..sebab saya masih solo..c Mr M ni susah sangat nak kena tackle..jual mahat sangat..tapi harga minyak lagi mahal..Contoh lain pula..time tu kita tengah terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal pun start lah mulai mencelah-celah sampai mampu berada dihadapan..kita pun start lah juga berpikir alangkah bahagianya orang itu..pada masa yang sama orang yang menunggang motosikal itu berkata/berbisik 'alangkah bagusnya kalau i ada sebuah kancil '..ini lah manusia..tidak pernah mahu bersyukur dengan apa yang ada..so kita perlulah sentiasa berdoa kepada-Nya agar sentiasa bersyukur..jangan jadi macam c Tunggang..Macam lari dari tajuk suda kan..tidak apa..paling2 cikgu bagi markah kesian juga..INGAT! bukan semua yang anda pikir bahagia itu betul2 membahagiakan..macam juga la couple2 ni..ingat bahagia sangat ke..kahwin lagi bahagia..boleh buat benda2 siok..dapat pahala lagi..dapat anak lagi..betul tidak..bab ini c Gon yang ajar saya..c Gon ni non-muslim..tapi kalau bab2 hukum..dia la pakar no 2..no 1??..mestilah saya..kura2 labi2, pura2 babi2 lagi..pantun ni c Simba yang ajar ok..
Agar mudah orang sayang kita, cuci la dulu hati kita dengan ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif..kalau belum bersih juga..mami saya cakap pergi terjun jambatan..kalau tidak mati..maybe just loss memory..so finally u became pure..nah tekeluar sudah language mengumpat jiran saya..ok next..bahagia mungkin ada tapi derita pun datang sama..semua benda pasti ada baik dan busuknya..sama juga dalam perkahwinan..
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..hmm..one of the reasons why im still solo..Jodoh usah terlalu dirisaukan dan tidak payah la kamu semua susah2 pikir sampai jadi botak macam daddy saya..tiba masanya nanti..pandai la tu jodoh datang jemput korang..just always remember Allah.. namun perlu juga kita membuka lorong-lorong gelap agar jemputan itu mudah sampai..betul tidak..
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali..hati remuk akan kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..jiwa yang pasrah akan bertukar haluan selagi esok masih ada..parut lama pasti akan sembuh selagi iman terselit didada..kekayaan yang paling kaya adalah akal dan kemiskinan yang paling besar adalah jahil..keburukkan yang paling hodoh adalah sesat..tidak berguna ada mata jika tidak dapat melihat dan tak guna juga ada hati kalau tak tahu menilai..lebih baik korang pergi derma mata dan hati tu kat orang buta kalau benda kecil pun korang tak dapat lihat..INGAT! nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati..






No comments:
Post a Comment