Friday, 22 July 2011

Ketebalan hati?? Part 1

Assalamualaikum..




Oki..today and tomorrow..now..jom kita letakkan perhatian 97.89% kita pada the history of 23 ciri2 sang pencinta sebenar (mata naik ke atas tangan di bahu)..tapi untuk hari ni cuma 17 ja yang saya bagi..jom..jangan malu2..buat macam blog sendiri..


1. Orang yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..yang dia tahu di hati dan matanya ada kamu satu-satunya..


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih..dia tidak peduli!..baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya..di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu semakin bertambah..


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini..dia ingin tahu kegiatan kamu..


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi' 'selamat jalan'..walaupun kamu tidak membalas SMS nya..kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..


6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan..setidak2 nya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS..


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dilalui bersama kamu..bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya..kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya..dan saat itu matanya pasti berkaca..kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang..


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan..bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri pernah lupa..


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu2 kegemaran kamu..bahkan mungkin meminjam CD milik kawan kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu kerana kesukaan kamu kesukaan nya juga..walaupun sukar meminati kesukaan kamu tapi akhirnya dia akan berjaya juga..


10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesma..atau batuk2..dia kan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu..kerana dia bimbangkan kamu dan peduli kamu..




11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian..dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung..dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat untuk kamu..


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa..


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..sehingga kamu menjadi bingung..sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari2 nya hanya bersama kamu..


15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain..dia kan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu..


16. Dihatinya dia benar2 takut kehilangan kamu..


17. Orang yang mecintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..




Sumber: Majalah Remaja (15 JULAI 2011)

Saturday, 16 July 2011

'A' dalam sejarah STPM?? How??

Assalamualaikum..



Topik ni khas saya taip/susun/buat/bikin/kongsi untuk student yang akan menduduki STPM..

Mesti ramai yang tidak suka dengan subjek ni kan..tapi apa boleh buat..kena juga ambil paper ni..ada yang cakap subjek ni menyusahkan/leceh/bosan..sudah lah kena baca 4 buku..lepas tu banyak lagi tajuk2 kecil yang kena baca and hafal..kenapa mesti cakap or pikir macam tu..cuba korang pikir positif sikit..sikit pun jadi lah..tapi memang leceh pun..saya sendiri kalau baca sampai boleh tertidur..saya tertidur sebab time tu saya baca jam 2 pagi bukan sebab bosan ya..

Ok now lets see the tips..

1. Awal2 tahun tu kalau boleh baca semua buku sejarah..sekali pun cukup lah..sekadar bagi exercise mata ja..lepas tu fokus kan otak dan mata dan tangan dan kaki korang pada 3 tema yang selalu keluar dalam exam..why??..cuba korang lihat dan kaji soalan2 yang dikeluarkan dalam exam..tengok bahagian A and bahagian B..kalau korang pandai or bijak mesti korang dapat kenal pasti yang bahagian A tu hampir semua tema yang keluar..di bahagian B pun macam tu kan..so nasihat saya..baca dan fokus kepada 3 tema yang sering keluar dalam exam ja..sebenarnya 2 tema=2soalan ja korang perlu jawab..tapi untuk keselamatan jalan raya bacalah 3 tema..3 tema ja..

Contohnya macam ni..
*Tamadun dunia - tema 1, tema 2, tema 4, tema 7..tema ni memang popular..yang lain korang cari sendiri ya..

So kalau korang belum lagi pernah buka buku sejarah walaupun sekali dan STPM pun dah nak dekat..bagi fokus pada 3 tema ja dalam setiap buku sejarah..sejarah kan ada 4 buku so setiap buku tu cari 3 tema yang sering keluar dalam exam..ok..

2. Banyakkan buat latihan..ini biasalah..hobi bu guru dan bapak guru yang paling popular di sekolah..

3. Rajin membaca..macam saya..

4. Buat nota..hah ini bukan macam saya..

5. Menghafal..

Harap dapat bantu korang sikit..
Ok..Good luck for your STPM!





Friday, 15 July 2011

Impian 3 Sekawan??

Assalamualaikum..



Hari ni kita umpat pasal myself..Mulan dan Simba..

Ehem ehem..seperti yang sedia anda maklum..formal la pula..ok..kami kan berkawan sudah lama..sejak tadika lagi..lepas tu rumah pun dekat2 ja..bunyi penyapu di rumah saya pun si Mulan dapat dengar..dekat kan..tak lah dekat sangat..setakat 50 jengkal ja jarak rumah kami..Selalu tu..petang2 macam ni dorang suka lepak di rumah saya..kalau bukan study..kami tengok wayang..kalau bukan tengok wayang kami mengumpat..biasalah kalau girls..tapi kami mengumpat yang baik2 ja tau..



Kami ada pasang impian..macam ni..kalau lepas SPM nak sambung study di tempat yang sama..tapi belum ada apa2 mukadimah lagi sudah impian tu hangus berkecai cerai berai..why??..because after SPM..Mulan sambung study di matriks..Simba masuk SPA and saya pula masih lagi meneruskan perjuangan di medan peperangan dengan berpakaian seragam sekolah..hmm..bosan juga kan kalau hari2 pakai baju sekolah..tapi tidak apa..lepas ni dah tak payah lagi susah2 main game sarung menyarung baju sekolah ni..but masa ni la saya kena puas memuas pakai baju sekolah sebab i know in the future nanti mesti ada satu perasaan halus yang akan menyelinap ke dalam jantung rindu nak pakai baju sekolah..saya tau tu..korang tidak sebut pun sure saya tidak tahu..then..apabila impian ni berkecai..kami pun rombak balik...konon nya..lepas matriks si Mulan nak sambung study dekat2 sini ja..ambil u dekat2 sini ja..and saya pula lepas stpm nak sambung study dekat2 area sini juga..fuh segala fuh..Mulan pula tiba2 mendapat wasiat yang mengatakan dan dinyatakan bahawa dia mendapat tawaran u di seberang laut.. jauh tu..but saya tumpang gembira juga la..tapi sedih tu tetap ada..sebab tambah la kami jarang ketemu bertemu temu temuan jumpa..hari tu si Simba and sekarang si Mulan pula..tapi tidak apa..redha dan tawakal ja..hidup mesti diteruskan walaupun tidak dapat together gether lagi..




Oleh kerana impian pertama sudah pecah berderai..kami pasang lagi satu impian..kami pasang nak..hmm..macam mana nak luah ya..begini..saya bagi ringkas meringkas seringkas nya ja la ya..Simba akan kahwin first..lepas tu Simba akan suruh husband dia tu kahwin dengan saya..kira bermadu la kami..and then lepas tu giliran saya lagi yang past husband bertuah tu kahwin dengan Mulan..alasan kami..sebab nak meraih cinta Allah..why??..kita terus bagi contoh la ya..tak payah guna mukadimah lagi..direct to the point jawa cakap..kalau suami Simba kahwin dengan saya..Simba dapat rehat dan merehatkan hartanya dengan sebaik2 yang mungkin..mungkin la..bayangkan lah keadaan si Simba tanpa si suami bertuah tu disisi dengan kata lain malam tu giliran saya..time ni la masa yang perfect untuk si Simba nak sujud kepada Allah dan menjadi kekasih Allah..see..betapa besar hikmahnya..begitu juga yang berlaku kalau saya bagi kahwin husband kami tu dengan si Mulan..beruntung siapa dapat kami..kami tau suami kami ni kuat2 belaka..lelaki mana yang tidak suka kan..tapi sekarang impian tinggal impian..why??..keluarga kami tidak setuju dengan idea tu..susah nanti..tapi niat kami ni baik dan baik belaka..kami nak friendship kami ni forever and ever..bayangkan ja lah..betapa harmoninya keluarga kami nanti..ingat senang ka boys yang di luar sana tu nak cari girls macam kami ni..sudah la kami ni baik , hormat orang tua, comei lagi..kira full package la..hmm..





So..terpaksa sekali lagi kami guna rombak merombak ni..tidak payah buat muka sedih2..senyum..senyum ja..berdoa ja harap2 ni kali berjaya..amin..impian ni yang paling saya suka..apa tidak..impian kami ni boleh dikira brilliant juga la..super duper brilliant..boleh masuk Kg Book The Records..why??..ohok ohok..kejap ya..nak ambil posisi yang selesa dulu..terlebih exited ni..kami rancang nak kahwin sama2..terus tiga sekali gus..fuh..hebat kan..sudah la future husband kami ni pun datang dari jauh..so kena la bikin majlis yang gempak..bayangkanlah la..saiz keluarga masing2 pun besar nya bukan main besar lagi..gabung 3 keluarga dengan tiga lagi keluarga dari pihak lelaki..lepas tu buat majlis serentak..fuh memang gamat la majlis tu..nikah sama2 and sanding pun sama2..kalau boleh nak suruh imam tu nikahkan kami pada masa yang sama..why??..supaya imam tu tak penat kejar mengejar masuk rumah..dengan sekali ceramah dari tok imam dan sekali lafaz oleh ketiga2 husband kami..then termeterai lah ikatan kasih putih hitam kami..lepas tu kalau nak buat malam pertama pun kami nak sama2..bukan nak buat dalam bilik yang sama..apalah korang ni..adakah patut pikir macam tu..tidak sayang kepala ka..sebab kami nak buat pada masa yang sama..1st kami nak dapat anak sama2..second, time nak bersalin tu kami nak melahirkan sama2..terharu lubuk jantung saya mendengar..harap impian kami yang satu ni akan dimakbulkan oleh Allah..amin..

Lepas tu..si Simba nak anak pertama saya lelaki..dia dan Mulan pula nak anak pertama perempuan..why??..dorang kata supaya nanti anak2 dorang tu boleh jaga anak saya..adakah patut..memang patut terima flying kick la mak nenek dua ni..dorang cakap anak saya lemah macam saya..adakah patut..memang patut kena sepak bola la mak datin dua ni..lepas tu dorang cakap lagi anak saya ni senang kena buli..adakah patut..memang patut makan guli la ma sapi ultramen dua ni..haru betul..

Benda yang jarang or tidak pernah dibuat orang..tu la yang kami akan buat dan kami cipta..sebab kami la The Legend of SOPPOS..Apa2 pun we hope that impian kami tiada penghujungnya dan sentiasa ada idea yang gila2 untuk menggila2 kan hari2 or masa2 kami akan datang..



To future husband..jangan takut sama kami..kami ni budak baik dan baik belaka..tiada yang baik selain baik belaka sebelaka belakanya..satu ja kami nak..kami nak kahwin sama2..OK

Thursday, 14 July 2011

Begini Ka Kawan?? Jilid 2

Assalamualaikum..




Kawan..what kawan??..sahabat..what sahabat??
Kawan ni penting..penting sangat..family??..family pun penting juga..betul kan..
Tapi kawan yang betul2 ikhlas berkawan dengan kita memang susah mau dapat..why??..orang putih kata i dont know..hmm..


Kawan ni ada banyak jenis..ada macam2 ragam..ada banyak jantina..and ada banyak warna..ada kawan yang setia di belakang/depan/sisi kita..ada juga kawan yang suka guna pedang/garpu cucuk kita dari belakang..sometimes tu sedih juga la kalau kawan tu tikam kita dari belakang kan..tapi apa boleh buat..sudah memang hobi dia..so kita buat dek ja la..redha ja..tidak payah balas..tapi ada bas ada lori, len hari saya balas..


Sahabat yang baik..


Orang kata or saya kata..kawan yang baik akan selalu ada and dekat ja dengan hati kita..betul ka??..hmm..betul betul..macam saya dengan kawan2 saya..contohnya si Simba..kita ambik si Simba sebagai contoh..kawan2 yang lain jangan jeles ya..kalau korang nak tau dan korang yang tidak mau tau..time Simba dalam keadaan exited..saya pun terikut exited..betul ni..tak percaya??..betul..saya tidak bohong..kalau dia moody lagi la saya rasa macam tidak sedap jantung..padahal jarak saya dengan dia punya la main jauh..fuh..kena limpas sempadan pontianak dulu baru saya dapat jumpa c Simba..hebat kan..ni baru la real best friend..kawan2 saya lain pun macam tu juga..kalau saya tak cukup duit..saya pinjam ja dengan dorang..kalau saya lambat bayar dorang ok ja..riak muka dorang pun ok ja..tapi kadang2 tu pandai juga la bibir mungil c Inut membebel tak habis2..biasalah kadang2 tu saya sampai tak cukup duit bikin beli makanan..tengok ja badan macam tengkorak mati tapi perut macam mak sapi..


Kawan2 saya semuanya best..why??






1. Kalau dorang happy..saya pun ikut happy..
2. Kalau saya ketawa or buat lawak..dorang buat muka blur..
3. Kalau dorang sedih..saya pun terikut sedih..
4. Kalau saya nangis or sedih..dorang ketawa sakan sesakan sakannya sakan..
5. Kalau saya sakit or demam..dorang tidur nyenyak dengan sejahteranya..
6. Kalau dorang sakit..saya pun tidur dengan sejahteranya ..
7. Kalau saya/dorang jumpa/curi movie..kami akan kongsi sama2 and tengok sama2..
8. Kalau saya/dorang jumpa/curi lelaki hensem/cute..kami akan kongsi sama2..eh bukan kongsi tapi share2.. 


Sahabat yang sikit jahat..


Huh..kawan yang macam ni yang paling saya sayang..why??..sebab kawan yang macam ni suka main cucuk2 guna garpu dari belakang..kawan yang macam ni pun ramai juga saya ada..tapi sekarang saya dah tak berapa dekat dengan dorang..biasalah..dorang guna bedak sampai 5 inci..saya pula guna sikit2 ja..nak jimat kan..macam mana nak ngam..dorang sure malu jalan dengan saya..why??..sebab muka saya tak macam muka barbie..iya la kan..muka saya ni macam muka YoonA (SNSD) and dorang pula muka macam barbie kelabu..ehem ehem..tapi YoonA ver hitam manis la..kalau boleh jauhkan lah diri kita dari jenis2 yang macam ni..bahaya tau..saya bukan apa la..saya pun sedar saya banyak kekurangan..tak la banyak..tapi banyak sangat..sangat sesangat nya..


Kalau boleh berkawan tu biar la ikhlas..jangan mentang2 orang tu or saya ada car/rumah/basikal/motor..baru nak terhege2 nak berkawan..hari tu benci sangat nak berkawan..orang tu hulur tangan nak bersalam pun boleh2 nya dia cakap tangan orang tu kotor..hei..siang sikit..ingat tangan kau tu bersih sangat ka..ingat saya tak tau ka ko tadi baru lepas garuk harta bawah kau yang bebau hangit tu..ketara lah tidak cuci guna clorox.. sombong..angkuh..tapi sekali dapat tahu orang tu ada kancil..tegedik2 nak berkenalan..mau ambil kesempatan la tu..ee..ingat kami2 ni tidak tau ka..memang pun kami tidak tau..tapi lama2 tu tau juga la..kami kan antara student2 yang berpengaruh..so cerita yang baik mahupun baik belaka..semuanya ada dalam poket kami..


Kesimpulannya..


With faith and holding hands..
No matter what I won't be afraid..
The word friendship may sound awkward..
But I think that word was created to describe us..
I love you my friend..
Love love love..
Really love..

Thursday, 7 July 2011

Begini Ka Kawan??

Assalamualaikum..


Today..ehem..ehem..i will berkongsi cerita  tentang pengalaman membesar bersama dengan makhluk2 tuhan ni..I hope u all tidak bosan..tapi saya jamin 135% u all pasti tak akan bosan..and 145% u all pasti akan bosan..lepas u all baca and hayati makhluk2 ni..awak boleh dapat kan borang dari saya..saya jamin 50% semuanya tulen, bersih, dan suci dari haid..


Okay now i will talk about Simba..after that Mulan, InuT, Een, Atie, Faz, and lastly Iati..

Simba..


Ya..dia la Simba yang dalam filem 'The lion king' tu..Simba bukan nama sebenar..kira2 macam tu juga la..kami ni sebenarnya tinggal sekampung..first time saya jumpa dengan si Sim ni time di tadika..Masa tu saya kagum sangat dengan si Sim..saya pun tidak tau kenapa..mungkin sebab dia anak cikgu (for your information..semua anak cikgu akan saya kagumkan)..dia ni time kecil2 jahat sangat..very2 evil like Scar (watak yang bunuh bapa si Simba tu)..patutnya saya bagi gelaran Scar je dekat dia..Simba?? langsung tak padan..hmm..tapi hati dia baik tau..macam hati Simba..

Perkara2 yang perempuan tidak patut buat semua dia pernah buat..tanya je siapa queen paling nakal dan gorongot di kg J..pasti orang akan cakap anak perempuan kepada Jack The Ripper..betul..tak percaya??..ada saya kisah..tapi sekarang dia dah cantik..begaya sakan lagi..kami ni rapat sangat..dah macam kembar tak seiras pun..tapi Simba ni nakal sikit..saya tak..saya budak baik..semua benda yang ada kat saya dia dah nampak..benda yang ada dekat dia pun saya dah nampak..biasalah kalau perempuan..semuanya dah halal..(benda tu merujuk kepada mata, saiz pinggang dan lain2 lagi..jangan mula nak pikir benda2 ungu)..dia suka nangis kan saya..hobi dia yang paling popular tu..kalau saya nangis dia happy..tapi kalau dia nangis saya pun ikut nangis..hai..apa punya kawan..tapi Sim ni jarang nangis tau..sekali dalam 5 tahun je dia akan nangis..macam pilihan raya pula kan..maybe dia nangis sebab pas kalah..hmm..

Saya tak pernah berkira dengan Sim kalau pasal duit, makanan dan baju..berkira sikit2 tu pernah la..tapi kalau dia nak borrow my cute spacio..CANNOT!!..TIDAK BOLEH!!..pinjam sikit2 pun tak boleh..ok next..kami sama2 sekolah..sama2 naik bais..sama2 ambil PMR/SPM..sama2 berjaya..bilangan A dalam PMR/STPM kami pun sama..hebat tak..kami tidak cheating ya..jangan try2 nak buat fitnah..time exam kami duduk jauh2 tau..

Tapi sekarang dah berubah..kami jarang berjumpa..why??..sebab Sim sekarang belajar jauh sangat..kalau nak pergi sekolah dia..saya kena naik aeroplane dulu...saya, Sim, dan Mulan ada cita2 yang sama..tapi bab ni nanti baru saya ngumpat kan..ok..kalau u all nak tau Sim ni satu sekolah dengan Mr S(a)..saya sayang Sim macam kakak kandungan makcik saya..sayang sangat2..

Next Mulan..



Ohoooo..jangan marah2..gurau je..ok..Mulan ni pun sama juga macam Simba..dari kecil lagi kami sudah berkawan..Mulan ni time kecil lebih gorongot (buruk) dari si Simba..tak percaya..tapi sekarang dia dah cantik..cantik sangat..badan putih melepak tapi muka macam red indian..Mulan ni juga merupakan ahli tetap dan ketua segala monyet..semua pokok sudah habis di round..betul..Mulan ni paling muda di antara kami bertiga..paling kuat agama..paling anti-couple..paling menutup..paling sopan..dan paling menakutkan..dengan renungan/jelingan dia yang menggoda tu je pun boleh buat bulu segala jenis bulu gugur dengan jaya nya..tak percaya??..cuba u all tanya dengan c Jasmin@penot..so jangan la cuba2 nak beranikan diri pergi kacau dia..dia ni tak payah nak baca doa atau segala jampi untuk halau segala jenis batman yang ada di pinggir jalan tu..guna mata je..fuh!..terus boxer batman tu jatuh dari tempat asal harta batman tu..dasyat kan..

Di kesempatan ini juga..i nak minta maaf..very2 maaf..sebab dulu i pernah tumbuk kepala u..siapa suruh u nak baca diari i..dah i kata jangan baca..tapi u nak juga baca..i tahu dan sedar diri i ni..gara2 i pukul u hari tu..u dah tak macam dulu lagi..sekarang u dah pandai mengaji..pandai mengumpat..pandai sembahyang..pandai jeling2..u..i minta maaf sangat2..kalaulah i tak pukul u hari tu..sekarang u mesti dah jadi Mulan Jamilah..eww..


Sekarang Mul ni dah habis study and dalam tempoh menunggu kemasukan universiti..result Mulan pun tak kurang hebatnya..biasalah..

Jasmine/penot/peton..

Budak ni comel sangat..kalah saya..tapi tak pe..dah memang kecomelan tu ditakdirkan untuk dia..nak buat macam mana lagi..dia ni pun ada kereta spacio macam saya juga..tapi spacio dia lagi kiut..dia ni pendiam..tak macam Simba..dia selalu jadi mangsa buli..kadang2 tu kesian juga saya tengok dia..dia tak melawan..dia diam je kalau kena buli..lepas kena buli tu dia nangis macam kena rasuk@orang gila..astagfirullahalazim..apa2 pun dia kawan saya yang paling pelik but special..

Inut..


Ya..kalau u all nak tahu..muka Inut ni kurang lebih macam gambar yang ada kat atas ni je..betul..tak la..bohong je..tapi kurang lebih la juga..tahun ni kami dalam kelas yang sama..dia ni gatal sikit..and gila2 sikit..tak..bukan sikit..tapi banyak..banyak sangat..dia suka pegang pinggang saya..dia kata nak practice pegang pinggang..nanti senang sikit kalau dia nak pegang pinggang bf dia..

Dulu..kami tidak lah rapat sangat..saya selalu tengok2 dia..bukan sebab saya cinta kan dia la..saya suka tengok dia sebab dia ada banyak makanan..tapi dia ni kedekut and sombong..dia selalu kongsi makanan dia dengan rakan sepejabat dia ja..saya langsung dia tak nak pandang..faham2 la..dulu saya gorongot tapi sekarang dah comel..comel sangat lagi tu..

Dulu dia cantik dan sekarang pun dia masih cantik dan comel..Mata dia bulat sebab dia pakai c******..Inut ni tinggi macam meja yang ada dalam kelas saya..tak lah..tinggi dia lebih kurang macam Mr S(a)..tapi Mr S(a) tetap paling tinggi..dulu dia pernah nagiskan saya..for the first time..sebab saya buat dia marah..

Een..


Ya Een ni memang putih..putih dia macam susu basi..kawan saya yang sorang ni comel sangat..sudah la comel  penjahat lagi..1st time u all jumpa dia..u all akan pikir dia ni sombong, angkuh dan perasan cantik..memang betul pun..jangan marah ya Een..dia ni sebenarnya baik..tapi tak lah sebaik saya..hati dia baik tapi hati saya lagi baik..dia tak pernah pergi gereja since dia melangkah ke alam remaja..dia masuk masjid je..dia ni pakar hukum2 agama islam..kalau ada ceramah pagi yang diterbitkan oleh syarikat saya..dia lah orang pertama yang menghadirkan diri..tersentuh liang lubuk saya..saya sayang dia..walaupun kekadang tu dia bikin panas..tapi panas2 pun dia tetap comel macam saya..tapi saya lagi lah comel..

Atie..






Ya..mata si Atie ni memang sepet..biasalah ada darah cina..sepet sangat..sampai time tidur dengan time bangun pun susah kami nak bezakan..Atie ni nakal..nakal sangat tapi best berkawan dengan dia..comel lagi tu..macam saya..saya dah anggap dia macam adik saya sendiri..tak tau lah kenapa..tapi saya sayang dia..saya respect dia..saya kagum dengan dia..saya nak jadi macam dia..sebab walau apa pun jenis puting beliung yang datang bertandang..dia tetap berdiri tegak..tidak sesekali pun dia akan terduduk..tengok tu..betapa hebatnya orang yang bernama Atie..kalau boleh saya nak kongsi semua benda yang saya ada dengan dia except my cutie spacio..saya harap Atie tidak akan curang dengan saya seperti mana yang dilakukan oleh kawan2 saya yang dulu tu..Atie tau juga kan siapa yang saya maksudkan tu..

Faz..




Faz ni muka dia macam hamster..kiut sangat..dulu saya tak berapa minat nak kawan dia..sebab dia cantik sangat..sampai orang yang buta pun boleh tebuta balik..dulu saya gerun nak berkawan dengan dia..saya pun tak tau kenapa..tapi sekarang saya enjoy berkawan dengan dia..best..nakal dan manja..manja??..sejak bila??..dia ni sekutu si Atie..sikit2 nak gaduh..comel kan..

Iati..




Iati ni kawan yang paling saya suka..kawan saya yang lain pun saya suka juga..jangan nak gaduh2 sana..semua saya suka..ok..Iati ni tak cerewet..walaupun saya ni kadang2 menjengkelkan..saya akui yang saya memang menjengkelkan..tapi dia langsung tak marah..sayang betul Iati ni sama saya kan..biasalah..dia ni ahli silat tau..juara segala juara dan sentiasa juara..apa2 pun saya sayang kan Iati..


Saya sayang kan u all..sayang sangat2..i hope..persahabatan kita akan kekal bersemadi..adui ayat..bikin geli kan..tapi tak pa..ikhlas dari lubuk kalbu tu bro..

Wednesday, 6 July 2011

Lelaki Suka Isteri Yang Berambut Panjang??

Assalamualaikum to bakal2 suami hawa and fellow2 yang lain ..






Menurut kajian statistik yang saya buat kat kawasan peninggalan saya..hampir 100% yang menyukai perempuan yang mempunyai rambut panjang..hmm..why??..kejap lagi kita mulakan aktiviti mengumpat kita..sebelum tu saya nak borak2 kosong dulu  dengan u all semua..






Lelaki ni kalau dari pandangan saya la..memang kaum yang pelik..dorang suka kacau perempuan yang seksi..orang London saya kata baju yang tak cukup tabir..tapi tak nak pula kahwin dengan perempuan2 macam tu..hmm..tapi kalau nak pilih isteri mesti yang nak bertudung la..nak yang sopan santun la..nak yang hormat orang tua la..nak yang solehah la..nak yang masih ketat la dan lain2 lagi yang sewaktu dengan nya..heran kan..buat dosa banyak2 dengan perempuan yang entah dari negara mana tapi tak nak kahwin dengan perempuan tu..dah korang tau perempuan2 macam tu tak layak dibuat isteri..kenapa masih nak layan dorang lagi..pelik la..ok..kalau untuk kepuasan korang tu saya tak heran la..teruskanlah puaskan harta korang tu..buat dosa banyak2..lepas sudah puas dan puaskan harta korang secukup-cukupnya baru minta tolong dengan mami korang tolong carikan perempuan yang masih ketat untuk dibuatkan isteri..hmm..pandai sangat la tu..nasib baik Mr S tak macam korang..


Ok now kita balik ke tajuk utama..
Ada 5 sebab kenapa suami suka isteri yang berambut panjang..
let me explain..






Firstly..the reason is the girls look cute in long hair (boleh pakai tak english saya ni..aish..antam je la)..betul tidak..betul sangat la tu..cute sangat2 macam saya kan..


Secondly..nanti time hari dibangkitkan semula..kaum perempuan boleh tutup harta2 mereka tu dengan guna rambut je..so ada kelebihan nya juga perempuan2 ni simpan rambut panjang..betul tidak..entahlah..statement ni lelaki2 dalam kelas saya yang bagi..


Ketiga..perempuan nampak menggoda..aish..entahlah..saya pun tak pasti..mereka kata kalau berambut pendek ni nampak macam lelaki..betul ka tu..tapi kenapa mami saya tak nampak macam lelaki pun..papa saya pun ok je tu..banyak songeh la lelaki2 ni except my papa ok..


Keempat..perempuan nampak seksi..hmm..macam saya..tapi kenapa jiran saya tak nampak seksi pun..langsung tak seksi..betul..macam nenek lampir ada la..


Kelima..lelaki mudah dan suka membelai rambut perempuan..maklumlah lelaki ni kan berambut pendek..so mana dapat buat kerja belai membelai ni..lelaki ni jeles tengok perempuan berambut panjang..betul tidak..


Ok..thats all..nanti saya update cerita ni kalau lelaki2 dalam kelas saya tu dah jumpa idea baru..


Saturday, 2 July 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Assalamualaikum..




What!! Solo!! masih solo rupanya..
ehem..ehem..
Bukan tiada orang minat..cuma..
Mungkin sebab keturunan..bala..karma..dejavu..



Sebenarnya jodoh ni langsung tiada kaitan dengan keturunan cuma belum sampai masanya lagi.. Ia bak/sepertii menanti jambatan untuk keseberang..ceh..Kalau panjang jambatannya so jauhlah perjalanan kita tapi sometimes ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..betul tidak..




Umur 25 tahun rasa2 nya belum terlampau tua lagi dan golongan2 yang berumur 35 tahun tidak sepatutnya kita panggil dorang bujang terlajak  kalau sepanjang usia itu telah dia gunakan untuk membina kecemerlangan..betul tidak..betul sikit la..kalau perempuan umur2 time macam ni mungkin monopos sudah..hmm..except me..i masih kuat lagi time 2..

Oleh itu kita perlulah sentiasa menyatakan perasaan dan keinginan kita dalam setiap doa.. INGAT! Allah itu Maha Mendengar..

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang2 yang beriman.



Biar lambat jodoh asalkan dapat Mr. Right a.k.a Mr M dan jangan biar kan diri menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman..Kita memang kadang2 melakukan kesilapan dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..betul tidak..betoi..Kita selalu pikir ' aku pasti akan happy kalau becouple dengan Mr U ' ..padahal buat kita tambah jahanam ada la..Pergh!!..betul kan Inut (kawan saya)..


Daya tarikan sebenarnya berpusat pada hati yang murni..So marilah sama2 kita berusaha mencuci hati daripada segala jenis perasaan hitam/buruk/sangka/dengki/busuk/cemburu..ok..u tanya i kenapa?? u ni ada ikut kelas agama islam ke tidak time kat form 5..tu la mami suru u all pergi mengaji tapi u all pergi dating pulak..tengok sekarang apa jadi dengan u all semua..free2 u all  sekarang buta hukum..saya malas lah nak jawab soalan u all tu..kalau u all nak tau juga..pergi buka buku balik sana..sana..sana..main jauh2..

Sebenarnya, apabila kita betul2 ingin mendapatkan apa yang kita mahu.. ia juga akan  mendatangkan pelbagai masalah..Contohnya la time ni kita tengah tengok seorang boy/girl yang tengah drive mini cooper dan hati kita pun bercakap but berbisik.. ' alangkah cool nya orang itu..sudalah kereta cute..tuanya pun cute macam saya '..The problem now..kita tidak pernah nak ambil peduli or selami perasaan orang yang tengah drive mini cooper tu masa dia mendapatkan/mencuri/membeli kereta itu..iya la kan..buat apa kita nak selami perasaan dia..buang masa otak kita je..bagus lagi kita pikir giliran sapa lagi yang nak kita kasi break..betul tidak..tidak..hmm..So sebelum kita pikir kesenangan orang tu..kita imbas2 balik kesusahan orang tu..ada hikmah nya 2..cuba try..siok..the conclusion is..sebab saya masih solo..c Mr M ni susah sangat nak kena tackle..jual mahat sangat..tapi harga minyak lagi mahal..Contoh lain pula..time tu kita tengah terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal pun start lah mulai  mencelah-celah sampai mampu berada dihadapan..kita pun start lah juga berpikir alangkah bahagianya orang itu..pada masa yang sama orang yang menunggang motosikal itu berkata/berbisik 'alangkah bagusnya kalau i ada sebuah kancil '..ini lah manusia..tidak pernah mahu bersyukur dengan apa yang ada..so kita perlulah sentiasa berdoa kepada-Nya agar sentiasa bersyukur..jangan jadi macam c Tunggang..Macam lari dari tajuk suda kan..tidak apa..paling2 cikgu bagi markah kesian juga..INGAT! bukan semua yang anda pikir bahagia itu betul2 membahagiakan..macam juga la couple2 ni..ingat bahagia sangat ke..kahwin lagi bahagia..boleh buat benda2 siok..dapat pahala lagi..dapat anak lagi..betul tidak..bab ini c Gon yang ajar saya..c Gon ni non-muslim..tapi kalau bab2 hukum..dia la pakar no 2..no 1??..mestilah saya..kura2 labi2, pura2 babi2 lagi..pantun ni c Simba yang ajar ok..



Agar mudah orang sayang kita, cuci la dulu hati kita dengan ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif..kalau belum bersih juga..mami saya cakap pergi terjun jambatan..kalau tidak mati..maybe just loss memory..so finally u became pure..nah tekeluar sudah language mengumpat jiran saya..ok next..bahagia mungkin ada tapi derita pun datang sama..semua benda pasti ada baik dan busuknya..sama juga dalam perkahwinan..




Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..hmm..one of the reasons why im still solo..Jodoh usah terlalu dirisaukan dan tidak payah la kamu semua susah2 pikir sampai jadi botak macam daddy saya..tiba masanya nanti..pandai la tu jodoh  datang jemput korang..just always remember Allah.. namun perlu juga kita membuka lorong-lorong gelap agar jemputan itu mudah sampai..betul tidak..



Kadangkala Allah sembunyikan matahari, datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali..hati remuk akan kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..jiwa yang pasrah akan bertukar haluan selagi esok masih ada..parut lama pasti akan sembuh selagi iman terselit didada..kekayaan yang paling kaya adalah akal dan kemiskinan yang paling besar adalah jahil..keburukkan yang paling hodoh adalah sesat..tidak berguna ada mata jika tidak dapat melihat dan tak guna juga ada hati kalau tak tahu menilai..lebih baik korang pergi derma mata dan hati tu kat orang buta kalau benda kecil pun korang tak dapat lihat..INGAT! nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati..














19 Ciri-ciri Lelaki Melaya Pilihan Hawa Untuk Dijadikan Husband

Assalamualaikum wahai hamba2 Allah yang dikasihi..

ohok..ohok..ehem..
Ya..sekurang2 nya perlu ada 19 ciri2/krifteria suami yang baik menurut islam yang perlu korang ambil perhatian terutama time2 korang telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang korang tidak kenal iaitu pilihan si mami..siapa suru korang tak cari calon awal2..tengok sekarang apa jadi..ibu2 kita ni pula satu hal..suka sangat masuk line..sebenarnya bukan tidak ada calon mami..lelaki tu belum sedar kehadiran hawa lagi dan lelaki tu pun baru je lepas kematian isteri ketiga dia..nak buat macam mana lagi..hawa terpaksa la kena tunggu lepas waktu idah dia habis..baru hawa masuk line..oke mami..sayang mami..

Firstly, kita kenalah pilih calon suami yang mempunyai agama dan akhlak, agar suami tu dapat melaksanakan kewajipan secara sempurna dalam membimbing keluarga, menunaikan hak istri (perkara ni yang paling best) , pendidikan anak, tanggung jawab yang benar dalam menjaga kehormatan dan menjamin material rumah tangga..betul tidak..sebab tu la hawa nak sangat kawin dengan lelaki tu mami..suda lah dapat anak express..tak payah la hawa susah2 buat cucu untuk mami..betul tidak..

Secondly, pilihlah calon suami yang bukan dari golongan orang fasik tukang pembuat dosa yang dapat memutuskan tali kekeluargaan..INGAT!! jangan ambil lelaki tu sebagai suami kalau hobi harian dia pukul memukul ibu..bahaya tu..nanti kang tak pasal2 dia suru korang putuskan tali pusat keluarga..nah..nanti macam mana korang nak pinjam duit..takkan nak pinjam dari along..along sendiri pun ada masalah keluarga..takkan kita nak tambah lagi beban di kaki dia..

Ketiga, cari lah suami yang berniat bersungguh-sungguh untuk menikah dengan korang..ciri2 ni sangat tepat untuk orang yang mengalami peristiwa dijodohkan..macam saya la tu..mami saya mana mau saya kawin dengan suami-janda orang..

Keempat, mempercepat akad nikah dan tidak menggantungkannya untuk jangka waktu yang lama sehingga ada kemungkinan menurunkan suhu keinginan untuk menikah dan akhirnya membatalkan pinangan..susah ni..bagus ni hari nikah dan lepas tu baru bertunang..cara ni lagi best..aman dada..

Yang kelima ni yang paling penting..tidak berkhalwat ( pergi berduaan ) dengan wanita yang dipinang..Tu la saya nasihat kan..nikah dulu and then baru bertunang..Mr jais(s) pun tak berani nak tegur..

Keenam, hanya berkunjung dan masuk ke rumah wanita yang akan dipinang bila di sertai mahramnya..macam saya..kalau dia bawa kertas yang tertulis mahram ja pun saya bagi dia green light sama dia..green light kat lampu isyarat ja la..

Ketujuh, tidak melakukan pembicaraan batil dan sia-sia saat berkunjung..Kalau ditengok budak2 zaman sekarang la kan..adui..ewww..sangat2 eww..saya ni bukan apa la..tapi kalau kata2 romance ni tak main la..apa lagi kalau pasal yang batil2 ni..eee..cuba la cite pasal bila nak kiamat ke..nak bulan madu nanti kat mana ke..kan lagi best..tu la saya cakap tadi..nikah dulu baru masuk meminang..

Kelapan, tidak selalu datang ke rumah wanita yang dipinang..kalau lelaki tu selalu sangat bertandang kat rumah kita..nampak sangat la 2 yang dia tu lebih berminat dengan rumah kita dari tuan punya badan rumah tu..


9. Tidak mencuri pandangan yang dapat membuka pintu-pintu syahwat..zaman ni la yang paling susah sangat kita nak cari lelaki yang tidak suka buka pintu2 kenikmatan dorang tu..ingat nikmat sangat ke kalau dorang buat macam tu..tu la saya dah cakap tadi..pilih suami yang sudah pernah kahwin 3 kali..

10. Tidak mengambil pinangan orang lain..

11. Sihat jasmani dan rohani..yang ni wajib..kalau tidak macam mana nak bagi mami cucu..betul tidak..tapi tidak apa..kalau mami kemaruk sangat nak ada cuci..dengan penuh keperihatinan..hawa cadangkan mami buat sendiri..kalau tidak dapat juga..suru la bapa buat cucu dengan bini ke2 dia..kaum lelaki kan sentiasa mampu..ampun Pak..

12. Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berbicara..ni pun penting juga..jimat duit saya..tak payah susah2 beli yang brand2 segala..beli ja yang kat rombengan tu..kalau macam tu bagus kahwin dengan abang jual baju rombengan..betul tidak..

13. Tawadhu (rendah diri)..aduh..ni yang paling saya kurang suka..susah ni..u all tanya why??..nanti kalau masyarakat buli suami saya..dia boleh buat blur pula..terpaksa la saya sebagai seorang isteri mithali menghilangkan segala kemaluan saya untuk membela mangsa buli ini..ok serius..ni lah salah satu sebabnya kita kena cari husband yang selalu tawadhu ja..nak tau kenapa kalau perempuan yang selalu lupa diri (except me okay) memang patut dia kahwin dengan orang macam ni supaya hari2 kena ceramah subuh zuhur asar magrib dan termasuklah isyak..ahahaha..baru dia tau..tu la hobi pun bangga diri..cuba la tukar hobi tu kepada hobi riak..kan lagi best..

14. Bergaul dengan orang-orang solehah..hmm..

15. Menghormati orang tua wanita yang dipinang..hmm..

16. Rajin bekerja dan berusaha..betul2..takkan saya ja yang kena bagi nafkah kat suami..

handsomenye..terima kasih mami..

17. Optimis..ya optimis bukan optimus yang dalam filem tramsformer tu..

18. Mengucapkan salam ketika berkunjung dan pulang..yang paling best lelaki yang selalu cium pipi bondanya sebelum jalan dan selepas pulang..waduh..anak solehah ni..but limited edition..

19. Sentiasa menepati janji..macam time saya zaman budak2 dulu..

Ok habis..